Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun adalah dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut:
Jawatan dan Gred : Pembantu Awam, Gred H11 Bilangan kekosongan : Satu (1) Penempatan : Ibu Pejabat NREB, Kuching
CARA MEMOHON
Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan secara online melalui e-Recruitment (https://e-recruitment.sarawak.gov.my).
Untuk makluman lanjut mengenai kekosongan jawatan, anda boleh menghubungi 082-319510 (Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Sarawak).