Limbang 27 April 2024, Sabtu - Program Kesedaran Alam Sekitar di kawasan Batu Danau Limbang. NREB dengan kerjasama JKK Kpg Pangkalan Madang telah menganjurkan program Kesedaran Alam Sekitar mengenai kebersihan sungai dan larangan pembakaran terbuka bersama masyarakat di kawasan Batu Danau pada 26 dan 27 April 2024 bertempat di Dewan Kampung Pangkalan Madang Limbang.
Antara agensi yang turut hadir memberikan ceramah adalah Majlis Daerah Limbang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Limbang, Pejabat Kesihatan Limbang dan Sarawak Forestry Corporation(SFC) Limbang. Program ini melibatkan seramai lebih 130 orang penduduk sekitar kawasan tersebut. Majlis Penutupan program telah disempurnakan oleh YB Dato Paulus@Palu Anak Gumbang Adun N.80 Batu Danau. Turut hadir Timbalan Controller Kualiti Alam Sekitar, Tuan Paul Bond Anak Chamberlin dan wakil residen Limbang Puan Ayunni Tamimi.