Titik panas: 36 di Sarawak, 345 di Indonesia punca jerebu

Posted on 03 Aug 2023
Source of News: TVS

KUCHING, 02 Ogos: Sebanyak 36 titik panas telah dikesan di negeri ini, manakala 345 pula di negara jiran, Indonesia, semalam (1 Ogos).

Menurut Controller Kualiti Alam Sekitar (NREB) Sarawak Jack Liam, dapatan berkenaan merupakan punca jerebu berlaku di kawasan utara Sarawak.

“Tapi syukur pada petang hari ini, 2 Ogos Sarawak telah mengalami hujan lebat pada sebelah petang. Kita sangat berharap dengan adanya hujan ini keadaan jerebu di utara Sarawak dapat dikawal ataupun reda,” katanya ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan berlakunya penyebaran udara serta jerebu.

Tegasnya sekiranya ada pihak atau individu terlibat didapati melakukan pembakaran terbuka, mereka akan didakwa di bawah peruntukan Seksyen 30(1)(A) dan Seksyen 30(2) Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak.

Jack mendedagkan sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan denda dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

“Jadi pada masa ini juga sebagai langkah pengawalan, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar telah melaksanakan pelbagai inisiatif sebagai contoh kita melakukan rondaan di lapangan.

“Kita juga telah membatalkan permit pembakaran terbuka yang telah kita keluarkan dan juga kita menghantar notis larangan pembakaran terbuka kepada semua pemaju projek dan selain itu kita juga mengadakan program kesedaran larangan pembakaran terbuka kepada agensi-agensi termasuklah kerajaan dan juga agensi perladangan dan juga pihak awam,” ujarnya.

Jack mendedahkan lagi tempoh kering ini akan berlanjutan sehingga pertengahan September.- TVS

https://www.facebook.com/watch/?v=789447269642711



Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 18 Jul 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement