Kuching, 14 Julai 2024 Ahad - Program Kelestarian Alam Sekitar Di Kampung Beradek telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Masyarakat, Kampung Beradek. Program ini hasil kerjasama Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bersama JKKK Kampung Beradek serta pelbagai agensi kerajaan/swasta dan NGO yang lain seperti Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Lembaga Sungai Sungai Sarawak, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, Balai Bomba Dan Penyelamat Asajaya, UNIMAS, DNS Waste Management, Kim Huang Enterprise, SCD Biotech Sdn Bhd dan Creo Estella PLT.
