Limbang, 14 April 2025 – NREB Bahagian Limbang diketuai oleh ECO Jackson Saban telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Yang Berusaha Tuan Sulaiman bin Engal, Pegawai Daerah Limbang hari ini. Turut serta dalam lawatan ini ialah lapan orang kakitangan NREB Limbang. Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan barisan pegawai NREB yang baharu dan sedia ada, selain memaklumkan tentang bidang kuasa terkini NREB selepas pengambilalihan fungsi daripada Jabatan Alam Sekitar (DOE) di bawah pelaksanaan MA63.
Tuan DO juga turut menyatakan sokongan terhadap peranan baharu NREB dalam memastikan kelestarian alam sekitar di daerah ini. Perbincangan juga menyentuh potensi kerjasama strategik antara NREB dan Pejabat Daerah dalam aspek pemantauan alam sekitar, penguatkuasaan, serta pendidikan komuniti setempat mengenai isu-isu alam sekitar.


