Kuching 27 Sept 2024 Jumaat - Kursus “Technical Talk for EIA/EMP Reporting for Construction in JKR Sarawak” berjaya dianjurkan di Bilik Auditorium, JKR Sarawak Research Centre, Kuching pada hari ini. Kursus yang bermanfaat ini telah disampaikan oleh Encik Nurharith Afnizan bin Zainorin, Pegawai Kawalan Alam Sekitar dari Natural Resources and Environment Board (NREB). Majlis dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) Pematuhan, Puan Hajah Mariam Dollah dan dihadiri oleh 89 peserta dari JKR Ibu Pejabat, JKR Kuching, JKR Sri Aman, JKR Samarahan, JKR Bintulu, dan JKR Serian.
Sesi soal jawab yang aktif turut diadakan di penghujung kursus, membuktikan minat mendalam peserta dalam topik ini. Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada para pereka/designer mengenai keperluan ordinan di bawah NREB, seterusnya meningkatkan kecekapan dan pematuhan dalam pelaksanaan projek di JKR Sarawak. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh KPPK Pematuhan.
