Penurunan kuasa berkaitan autonomi alam sekitar kepada Sarawak dalam proses rundingan

Posted on 19 Jan 2024
Source of News: TVS

Datuk Len Talif Salleh pada Majlis Penutupan Dialog Alam Sekitar NREB – EPD Sabah di Kuching, hari ini. Foto TVS

KUCHING, 18 Jan 2024 - Penurunan kuasa berkaitan autonomi alam sekitar daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak masih dalam perbincangan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata proses perbincangan tersebut melibatkan pelbagai agensi di peringkat Persekutuan.

Jelasnya, ia disebabkan pemindahan autonomi tersebut bukan hanya berkenaan kuasa namun ia turut melibatkan peruntukan kewangan.

“Sebenarnya proses perbincangan dengan kementerian sedang berjalan kerana ia ada banyak peringkat yang perlu kita lihat,” katanya berucap pada Majlis Penutupan Ke-7 Dialog Alam Sekitar Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) – Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (EPD) Sabah di sini, hari ini.

Len berkata lagi, tiada tempoh tertentu ditetapkan bagi perbincangan tersebut kerana ia rumit dari aspek perundangan dan turut melibatkan banyak kementerian.

Namun, pihaknya telah memulakan langkah pertama dengan mudah seperti bahagian pentadbiran yang sudah diselesaikan. – TVS



BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 22 May 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls