Kuching, 19 September 2023 - Sesi kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri - Persekutuan) pada 19 September 2023, bertempat di Pejabat YB Datuk, Tingkat 19, Wisma Bapa Malaysia.
Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk memberi taklimat kepada YB Datuk berhubung status pelaksanaan MA63 TA for Environment. Kunjungan tersebut di ketuai oleh Encik Jack anak Liam Controller Kualiti Alam Sekitar, Encik Paul Bond anak Chamberlin Timbalan Controller, Datin Hajah Mariati Pegawai Tadbir Kanan (Pentadbiran, Sumber Manusia & Kewangan, Encik Tsai Koh Fen Penolong Controller (Pemantauan & Pelaporan) dan Encik Jong Chean Fuei Pemangku Penolong Controller (Perancangan & Pembangunan).