3 Februari 2023, Kuching - Seramai 54 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan kakitangan Sarawak Energy Berhad telah menganjurkan Bengkel NREB-SEB Environmental Practitioners Training of Trainers (TOT) selama 3 hari bersempena sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2023 pada 1-3 Februari 2023 bertempat di Damai Beach Resort Kuching.
Bengkel penutup pada 3 Februari telah dihadiri oleh Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Puan Peggy Ronin Anak Edin bersama-sama Senior Vice President Health, Safety, Security & Environment Encik Marconi Madai dan General Manager for Health, Safety and Environment (HSE) Ir Robin Tigai dari Sarawak Energy Berhad.
Turut hadir Ts Mahmood Long, Pengurus Kanan Alam Sekitar Sarawak Energy dan Ketua Seksyen Pendidikan Alam Sekitar dan Publisiti Puan Penny Sumok dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak.