Bengkel Pendidikan Alam Sekitar untuk Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Peringkat Negeri Sarawak Siri 1

Posted on 22 Jun 2023
Source of News: UKAS Sarawak

SELASA, 20 JUN 2023 - SIBU: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menganjurkan Bengkel Pendidikan Alam Sekitar untuk Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Peringkat Negeri Sarawak Siri 1 di sini. Majlis perasmian bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Jack Liam pada Isnin.

Bengkel tersebut berlangsung bermula pada 19 hingga 22 Jun ini dan dihadiri oleh seramai 62 orang guru-guru penasihat Kelab PALS di bawah 19 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dari Kuching, Lundu, Bau, Padawan, Samarahan, Serian, Simunjan, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Maradong, Sarikei, Kanowit, Mukah, Song, Kapit, Selangau dan Sibu.

Bengkel ini dianjurkan untuk memantapkan kemahiran dan penyampaian pendidikan alam sekitar oleh guru penasihat Kelab PALS yang belum pernah mengikuti bengkel tersebut.

Bengkel seumpamanya telah dilaksanakan oleh NREB semenjak tahun 2015 lagi dan secara keseluruhannya lebih daripada 700 orang guru penasihat Kelab PALS telah dilatih melalui bengkel itu. Perincian bengkel ini meliputi pengenalan dan percubaan terhadap modul-modul alam sekitar NREB.

Antara modul-modul ‘outdoor’ yang dilaksanakan pada bengkel kali ini adalah seperti Modul Pengguna Mesra Alam, Modul Lalu Lintas, Modul Hasil Hutan, Modul Pencemaran Di Bandar dan Plogging. Manakala, bagi modul ‘indoor’ pula adalah seperti The Greed to Win, Pemburu-Hakim-Harimau, Ekosistem Paya Bakau dan Nature Tic-Tac, Kajian Eco-brick dan Modul Amalan Hijau.

Selain itu, terdapat sesi ceramah dari fasilitator jemputan di mana peserta didedahkan kepada modul Melodi Alam Sekitar dan penghasilan barang dari bahan buangan. Bengkel berkenaan juga memberi ruang untuk mendapatkan maklum balas dari guru-guru tentang pelaksanaan Kelab PALS di sekolah agar guru-guru ini berupaya merancang dan melaksanakan aktiviti alam sekitar dengan berkesan.

Bengkel tersebut turut dihadiri oleh Ts. Mahmood Long, Sr. Manager Environment dari SEB, Penny Sumok, Ketua Seksyen Pendidikan Alam Sekitar dan Publisiti dari NREB, Dau Utau, Ketua Pejabat NREB Sibu dan Jeremy Ling Beng Leh dari PPD Sibu. -EDISI UKAS



Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 18 Jul 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement