NREB tidak berkompromi isu integriti – Awang Tengah

Posted on 17 Sep 2023
Source of News: TVS

oleh Regina Lee

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tengah) dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Timbalan Pengerusi NREB Datuk Len Talif Salleh (tiga kiri) melancarkan buku Pelan Anti Rasuah Organisai (OACP) NREB 2023, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

KUCHING, 15 September 2023: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak telah melancarkan buku Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2021-2025 edisi semakan semula pada tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, OACP bertujuan untuk memantapkan kawal selia alam sekitar dan integriti dalam kalangan penjawat awam.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Sarawak berkata, versi semakan semula itu lebih komprehensif dan fokus untuk menangani risiko yang berkait rapat dengan penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang serta tadbir urus alam sekitar.

“Warga NREB memainkan peranan penting dalam memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara dan mampan melalui pemantauan dan penguatkuasaan projek yang dilaksanakan.

“Ini untuk memastikan terma dan syarat-syarat kelulusan laporan alam sekitar seperti Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Integriti NREB 2023 di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak yang juga Timbalan Pengerusi NREB, Datuk Len Talif Salleh.

Mengulas lanjut, Awang Tengah berkata, NREB merupakan agensi utama yang bertanggungjawab memastikan pematuhan kepada undang-undang dan tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan integriti.

“Pelan OACP NREB 2021-2025 versi semakan semula itu merangkumi 31 inisiatif sedia ada dikekalkan, 17 inisiatif digabung, tujuh inisiatif digugurkan dan tujuh inisiatif baharu ditambah,” katanya. -TVS



Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 22 Oct 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement