Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula, Sisa Elektrik/Elektronik di Desa Wira Batu Kawa, Kuching
Posted on 13 Apr 2025
Source of News: NREB
Kuching 12 Apr 2025 Sabtu - Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah mengadakan Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula, Sisa Elektrik/Elektronik dan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai serta Sumbangan Pakaian Terpakai dengan kerjasama pelbagai agensi dan NGO iaitu Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB Bahagian Kuching), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Trienekens (Sarawak) Sdn.Bhd., Kim Huang Enterprise dan Tzu Chi Foundation Kuching.