NREB perlu tambah tenaga kerja jika mahu relevan sebagai peneraju ekonomi hijau

Posted on 06 Sep 2023
Source of News: TVS

Dr Hazland Hipni ketika memberi penerangan mengenai perdagangan karbon semasa Program Latihan Pecutan Kelestarian (ESG), anjuran bersama Chemsain HRD Sdn Bhd dan Universiti Sunway di Kuching pada Selasa. Foto: TVS

KUCHING, 5 Sept: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) perlu meningkatkan jumlah tenaga kerja untuk memastikan terus berdaya saing dalam menjadi peneraju dalam ekonomi hijau.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni berkata, setakat ini lembaga tersebut hanya mempunyai lebih 200 kakitangan di seluruh Sarawak.

Sehubungan itu, proses naik taraf NREB sedang dijalankan termasuk meningkat jumlah tenaga kerja khususnya yang terlibat secara langsung dalam perindustrian.

“NREB akan dinaik taraf dalam usaha untuk meningkatkan jumlah tenaga kerja, apabila saya melihat jumlah pekerja Chemsain sebentar tadi, mereka mempunyai lebih 600 pekerja, tetapi NREB hanya lebih 200 pekerja.

“Di Bintulu misalnya yang mempunyai 200 industri, kita (NREB) hanya memiliki 18 kakitangan untuk menguruskan 200 industri di sana.

“Untuk ini, jika kita mahu menjadi peneraju dalam industri tenaga hijau atau membentuk imej hijau di rantau ini, kita tidak boleh bergantung dengan jumlah tenaga kerja yang sedikit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam sesi perbincangan semasa Program Latihan Pecutan Kelestarian (ESG) anjuran bersama Chemsain HRD Sdn Bhd dan Universiti Sunway di sini pada Selasa.

Katanya, untuk Sarawak berjaya perlu mengutamakan masa depan ekonomi hijau dan pendidikan adalah pembolehubah utama untuk pembangunan mampan.

“Kerjasama pihak swasta dan Kerajaan Sarawak menyokong inisiatif kemampanan memainkan peranan penting termasuk memastikan ia sebagai salah satu teras pembangunan,” ujarnya. -TVS



Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 18 Jul 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement