Kuching 28 Apr 2025 Isnin - Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Domain Sosial bagi Domain Alam Sekitar oleh Pejabat Residen Kuching. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat telah diadakan untuk mengenalpasti dan melantik agensi - agensi yang berkaitan bagi membincangkan indikator isu - isu yang berkaitan dengan Domain Alam Sekitar. Di antara agensi - agensi yang telah dikenalpasti merupakan MINTRED, JMG, JBALB, KWB, JHS, JKNS serta MPHLG dan DOE.
Selain daripada itu, kakitangan NREB yang telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa ini adalah Puan Penny, Encik Tsai Koh Fen, Puan Marinni, Puan Mary Magdalen, Puan Hjh Aliffa Rafini, Puan Valecca Sibuar, Encik Mitchell Bay Samuel dan Puan Azza Nurazmiza.

Laporan disediakan oleh:
Azza Nurazmiza binti Aziz