Terajui ekonomi hijau, Sarawak diiktiraf Kerajaan Eropah, Singapura, Jepun

Posted on 09 Nov 2023
Source of News: TVS

KUCHING, 8 November 2023: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Sarawak telah menerima pengiktirafan daripada kerajaan Eropah, Singapura, dan Jepun sebagai peneraju serantau dalam inisiatif ekonomi hijau.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Sarawak 2023

Pada masa sama menurut beliau Sarawak turut menerima jemputan untuk berkongsi pandangan tentang strategi penyahkarbonan, peralihan tenaga dan inisiatif pembangunan ekonomi hijau negeri ini.

Berikutan itu, Abang Johari mengakui Sarawak mempunyai kelebihan berbanding wilayah lain di negara ini dalam aspek ekonomi hijau.

“Inisiatif ini akan membawa Sarawak ke arah kelestarian alam sekitar dan seterusnya menyumbang kepada menangani perubahan iklim.

“Sarawak adalah peneraju serantau dalam inisiatif ekonomi hijau dan komited untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, selaras dengan matlamat kerajaan Malaysia berikutan resolusi Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP26),” kata beliau.

Beliau berkata demikan menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Sarawak 2023, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari mengakui inisiatif ekonomi hijau merupakan salah satu usaha negeri ini dalam membantu dunia menangani perubahan iklim global, selain usaha memanfaatkan trend mega global dalam era globalisasi, pendigitalan, revolusi perindustrian keempat dan ekonomi sirkular.

Usaha ini kata beliau lagi bukan sahaja akan menarik lebih banyak pelaburan ke Sarawak, malah menjana lebih banyak pendapatan untuk Sarawak, dan berkongsi pendapatan tersebut untuk kesejahteraan rakyat negeri ini.

Bertemakan “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, sambutan HASN Peringkat Negeri Sarawak 2023 kali ini bertepatan dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan perkongsian tanggungjawab ke atas alam sekitar tidak hanya disandarkan kepada Kerajaan malahan juga kepada masyarakat.- TVS



Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 18 Jul 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement