Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar SK Sarikei, Sarikei
Posted on 25 Apr 2025
Source of News: NREB
Sarikei 25 April 2025 Jumaat - Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar SK Sarikei di Dataran Bestari SK Sarikei. Turut hadir Bersama merasmikan majlis ini adalah Pn. Leisa, wakil pegawai PPD Sarikei. Seramai 489 murid SK Sarikei, termasuklah murid Pra-Sekolah dan Pendidikan Khas, hadir menjayakan majlis pelancaran. Penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada murid-murid yang terlibat dengan aktiviti 'Program Alam Sekitar' sejak 7 April 2025. Murid-murid turut membawa bahan untuk dikitar semula untuk memeriahkan majlis.