Program Kesedaran Dan Perkhemahan Alam Sekitar, 1 - 3 Mac 2024

Posted on 03 Mar 2024
Source of News: NREB

Kuching - Program Kesedaran Dan Perkhemahan Alam Sekitar telah diadakan pada 1 - 3 Mac 2024 bertempat di Kampung Muhibah dan Kampung Pinggan Jaya hasil kerjasama Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dengan pihak Lembaga Sumber Asli & Alam Sekitar (NREB), UNIMAS, Politeknik Kuching, JKKK Kampung Muhibbah, JKKK Kampung Pinggan Jaya, JK Pengurusan Masjid Darul Musyarafah Kampung Muhibbah, SEDEC Equine Stable, Skuad AADK dan Kim Huang Enterprise.

Program Kesedaran dan Perkhemahan Alam Sekitar  ini telah disertai oleh pelajar-pelajar sekolah yang tinggal di kampung tersebut dan Persatuan Pelajar Psikologi UNIMAS (PERSEPSI) sebaga fasilitator. Antara pengisian program tersebut adalah seperti perkhemahan alam sekitar yang menfokuskan pelbagai aktiviti alam sekitar, bengkel membuat sabun daripada minyak masak terpakai, ceramah kesedaran alam sekitar dan pertandingan pengasingan sisa-sisa sampah yang boleh dikitar semula.

Majlis Penutupan program ini telah disempurnakan oleh Cr. Tan Kai, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan.



Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 22 Oct 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement