Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti di Kawasan Hulu Empangan Bengoh, Padawan

Posted on 07 Mar 2023
Source of News: NREB

Kuching, 4 Mac 2023 - Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak dan Majlis Perbandaran Padawan dengan kerjasama Lembaga Air Kuching, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan WormingUP telah menganjurkan Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti di Kawasan Hulu Empangan Bengoh, Padawan Kuching pada 4 Mac 2023. Seramai 109 penduduk sekitar dan 68 wakil agensi jemputan yang menghadiri program tersebut.

Program yang dianjurkan ini adalah usaha untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat setempat mengenai pentingnya dalam memulihara dan memelihara alam sekitar. Unsur paling penting dalam pelaksanaan program ini adalah penglibatan aktif pihak komuniti dan masyarakat setempat yang berganding bahu dengan agensi–agensi kerajaan dalam memantau, melaporkan dan membanteras aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan atau merosakkan alam sekitar khususnya kawasan sungai.

Antara objektif program tersebut adalah menerangkan fungsi dan peranan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, menerangkan isu-isu dan konflik yang timbul akibat daripada pembuangan sampah sarap yang tidak teratur dikawasan sungai.Selain itu, para hadirin juga mendapat pendedahan tentang penting nya menjaga air sungai yang bersih untuk kegunaan harian.

Program ini telah disempurnakan oleh Senator Dato’ CR Ahmad Bin Dato Sri Haji Ibrahim, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan. Turut hadir Controller Kualiti Alam Sekitar , Puan Peggy Ronin Edin dan Cik Ita Ling, Pemangku Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Padawan.



Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 18 Jul 2024

Operation Hours :

Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter :

Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday
image Announcement