Kuching, 1 Julai 2026 – Natural Resources and Environment Board (NREB) telah merasmikan pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya, Sekolah Sukan Negeri Sarawak, dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Dato’ Pandelela Rinong.
Majlis tersebut dihadiri oleh Pengetua SMK Tabuan Jaya, En. Abit Hong, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Denis Wilson Agong, Ketua Guru Penasihat Kelab PALS, En. Sani bin Songli serta 377 orang guru dan pelajar. NREB diwakili oleh ECO Nurfarahin binti Yusop @ Ghazali, SAECO Alvin Martin Geris dan EA Jerleus Rapo.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, diikuti persembahan live band oleh ahli Kelab PALS. Seterusnya, Pengetua SMK Tabuan Jaya menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum ucapan perasmian Kelab PALS oleh wakil NREB, ECO Nurfarahin binti Yusop @ Ghazali, yang turut menyempurnakan gimik pelancaran.
Program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Merekacipta dan Pertandingan Poster Alam Sekitar. Para peserta turut mengikuti ceramah bertajuk "Pengurusan Sisa Pepejal Yang Mampan" yang disampaikan oleh SAECO Alvin Martin Geris. Program diakhiri dengan sesi soal jawab yang memberi peluang kepada pelajar mendapatkan penjelasan lanjut mengenai amalan pengurusan sisa pepejal dan pemeliharaan alam sekitar.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan NREB dalam memperluaskan pendidikan alam sekitar melalui Kelab PALS serta memupuk budaya cintakan alam sekitar dalam kalangan generasi muda selaras dengan usaha melahirkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar.






