Pelawaan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta Menjalani Latihan Industri di NREB Sarawak


Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak mempelawa pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang berminat untuk menjalani Latihan Industri di NREB Sarawak.

Kriteria Pemohon:
1. Pelajar sepenuh masa dari institusi pengajian tinggi awam atau swasta.
2. Mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan seperti:
    - Sains Alam Sekitar
    - Kejuruteraan Kimia
    - Pengurusan Sisa
    - Pendidikan Alam Sekitar
    - Teknologi Maklumat / GIS
    - Pengurusan Data
3. Tempoh latihan akan disesuaikan mengikut keperluan institusi pengajian.
4. Mempunyai minat dalam bidang pengurusan alam sekitar dan kerja lapangan.

Cara Memohon:
Calon yang berminat diminta untuk mengemukakan dokumen berikut:
• Surat permohonan rasmi daripada institusi pengajian
• Resume (CV) terkini
• Salinan kad pelajar dan transkrip akademik terkini
• Cadangan tarikh latihan industri

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui e-mel: nreb.msd@nreb.gov.my sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum latihan industri bermula.

Jumlah pengambilan adalah terhad dan hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi kriteria akan dipertimbangkan.
 

BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 22 Oct 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls