Kursus NREB Application of Satellite Imagery for Remote Sensing Perkasa Kemahiran Pegawai Penguatkuasa NREB

Posted on 07 Jul 2026
Source of News: NREB
Bintulu, 6 Julai 2026 – Pejabat NREB Bahagian Bintulu telah menganjurkan Kursus NREB Application of Satellite Imagery for Remote Sensing bagi meningkatkan kompetensi pegawai penguatkuasa dalam penggunaan teknologi imejan satelit dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk pemantauan serta penguatkuasaan alam sekitar.

Kursus yang berlangsung di Pejabat NREB Bahagian Bintulu ini telah disertai oleh Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Penolong Pegawai Alam Sekitar dan Pembantu Penguatkuasa yang terlibat dalam kerja-kerja lapangan. Program ini dikendalikan oleh ECO Niveane Albania Linus dan SAECO Constantine Fernando anak Anthony daripada Bahagian ICT, Ibu Pejabat NREB.

Sepanjang kursus, peserta mengikuti sesi teori dan latihan praktikal (hands-on) merangkumi pengenalan kepada aplikasi imejan satelit NREB, penggunaan asas QGIS, pemprosesan data kebakaran (Fire Data Processing) serta pemprosesan data kualiti air (Water Quality Data Processing). Latihan ini memberi pendedahan kepada penggunaan GIS dalam mengenal pasti aktiviti penerokaan tanah, mengesan titik panas (hotspot), memantau perubahan guna tanah serta menilai kualiti air sungai dengan lebih tepat dan sistematik.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen NREB dalam memperkukuh keupayaan pegawai melalui penerapan teknologi geospatial bagi meningkatkan keberkesanan pemantauan, pematuhan dan penguatkuasaan alam sekitar. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh diharapkan dapat diaplikasikan secara optimum dalam pelaksanaan tugas di lapangan demi memastikan pengurusan sumber asli dan alam sekitar Sarawak terus diperkasakan.

Kursus NREB Application of Satellite Imagery for Remote Sensing Perkasa Kemahiran Pegawai Penguatkuasa NREBKursus NREB Application of Satellite Imagery for Remote Sensing Perkasa Kemahiran Pegawai Penguatkuasa NREBKursus NREB Application of Satellite Imagery for Remote Sensing Perkasa Kemahiran Pegawai Penguatkuasa NREB


BACK