Sibu, 21 Julai 2026 – Natural Resources and Environment Board (NREB) telah mengadakan Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di SJKC Ting Sing, Sibu bagi meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan murid. Majlis yang berlangsung di Dewan Terbuka sekolah itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, Fly Kenyalang Fly dan Lagu Sekolah, diikuti ucapan alu-aluan serta perasmian oleh Guru Besar, Puan Connie Chung Swee Yee.
Program diteruskan dengan ceramah dan pembentangan mengenai NREB serta Kelab PALS yang disampaikan oleh ECO Ezzah Binti Nawawi. Pelbagai aktiviti turut diadakan, termasuk persembahan nyanyian bertemakan alam sekitar oleh murid Tahun 4 dan Tahun 5, tayangan video Sungai Nadi Kehidupan Kita, gimik pelancaran Kelab PALS, penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Kreatif Bertemakan Kitar Semula serta lawatan ke pameran bahan kitar semula.
Program ini disertai oleh 64 orang murid dan 14 orang guru. Turut menjayakan program ialah pegawai NREB, iaitu ECO Ezzah Binti Nawawi, SEA Saiful Haizam Bin Fauzi dan EA Royxon Ak William. Penganjuran program ini diharap dapat menyemai amalan lestari serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar dalam kalangan generasi muda.



