NREB Bahagian Betong Promosi Kelab PALS di Sekolah-Sekolah Bawah PPD Betong
Posted on 15 Jul 2026
Source of News: NREB
Betong, 14 Julai 2026 – Natural Resources and Environment Board (NREB) Bahagian Betong telah melaksanakan Roadshow Promosi Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) ke sekolah-sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Betong pada 13 hingga 14 Julai 2026 bagi menggalakkan penubuhan dan pendaftaran Kelab PALS.
Program ini melibatkan lawatan ke empat buah sekolah iaitu SK St. Bartholomew dan SMK Ulu Layar pada 13 Julai 2026, serta SK St. Peter & St. Paul dan SK Nanga Enteban pada 14 Julai 2026.
Roadshow ini bertujuan memberi penerangan mengenai kepentingan Kelab PALS sebagai platform untuk memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan murid, di samping membantu guru-guru dalam proses pendaftaran kelab. Pihak NREB turut memperkenalkan sistem e-PALS yang memudahkan pengurusan permohonan geran, penghantaran dokumen sokongan, semakan status permohonan dan laporan pelaksanaan projek secara dalam talian.
Program ini dikendalikan oleh pegawai NREB Bahagian Betong iaitu AECO Mohd. Syafiq bin Abdul Majid, EA Asyran Zharif bin Mos dan Protege Nilly Betsy Anak Kalom. Roadshow tersebut menerima sambutan positif daripada pihak sekolah.
Inisiatif ini diharap dapat memperluaskan penyertaan sekolah dalam Kelab PALS serta memperkukuh usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui pendidikan alam sekitar yang berterusan.