NREB Tingkatkan Kesiapsiagaan Pegawai Melalui Kursus Oil Spill Response

Posted on 17 Jul 2026
Source of News: NREB
Kuching, 16 Julai 2026 – Natural Resources and Environment Board (NREB) telah menganjurkan Kursus Oil Spill Response (OSR): An Introductory Course for NREB Officers pada 15 hingga 16 Julai 2026 di Bilik Mesyuarat Santubong, Wisma STA, bagi meningkatkan pengetahuan dan kesiapsiagaan pegawai dalam menghadapi insiden tumpahan minyak.

Kursus selama dua hari itu disertai oleh 38 pegawai daripada NREB, Jabatan Alam Sekitar (DOE), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS). Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman peserta mengenai kerangka perundangan serta mekanisme tindak balas terhadap insiden tumpahan minyak di Malaysia.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada pelbagai topik penting termasuk teknik penilaian sebelum pembersihan minyak di pantai, strategi dan teknik pembersihan pantai, tindak balas tumpahan minyak di laut serta penggunaan dispersant, Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP) dan Pelan Kontingensi Tumpahan Minyak Malaysia (MOSCoP).

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Puan Norina Frederik Sambang dari Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar Malaysia serta Tuan Hafizul Ab Bakar dari Bahagian Kawalan Industri Maritim, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak. Peserta turut mengadakan lawatan ke gudang Stockpile Oil Spill Response Equipment (OSRE) Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak bagi melihat aset dan peralatan tindak balas tumpahan minyak serta menyertai sesi demonstrasi pengendalian peralatan.

Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan kompetensi dan kesiapsiagaan pegawai NREB dalam mengurus insiden tumpahan minyak, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara agensi berkaitan dalam melindungi alam sekitar.

NREB Tingkatkan Kesiapsiagaan Pegawai Melalui Kursus Oil Spill ResponseNREB Tingkatkan Kesiapsiagaan Pegawai Melalui Kursus Oil Spill ResponseNREB Tingkatkan Kesiapsiagaan Pegawai Melalui Kursus Oil Spill ResponseNREB Tingkatkan Kesiapsiagaan Pegawai Melalui Kursus Oil Spill ResponseNREB Tingkatkan Kesiapsiagaan Pegawai Melalui Kursus Oil Spill ResponseNREB Tingkatkan Kesiapsiagaan Pegawai Melalui Kursus Oil Spill ResponseNREB Tingkatkan Kesiapsiagaan Pegawai Melalui Kursus Oil Spill ResponseNREB Tingkatkan Kesiapsiagaan Pegawai Melalui Kursus Oil Spill ResponseNREB Tingkatkan Kesiapsiagaan Pegawai Melalui Kursus Oil Spill ResponseNREB Tingkatkan Kesiapsiagaan Pegawai Melalui Kursus Oil Spill ResponseNREB Tingkatkan Kesiapsiagaan Pegawai Melalui Kursus Oil Spill ResponseNREB Tingkatkan Kesiapsiagaan Pegawai Melalui Kursus Oil Spill Response


BACK