SK Temudok Awik Lancar Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS)

Posted on 18 Jul 2026
Source of News: NREB
Saratok, 17 Julai 2026 – Sekolah Kebangsaan (SK) Temudok Awik telah melancarkan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan SK Temudok Awik bagi memupuk budaya kelestarian alam dan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kalangan murid.

Program yang mendapat kerjasama Natural Resources and Environment Board (NREB) itu menghimpunkan 53 murid, 10 guru dan kakitangan sekolah serta 15 wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). NREB diwakili oleh AECO Mohd Syafiq bin Abdul Majid, EA Asyran Zharif bin Mos dan Cik Nilly Betsy Anak Kalom.

Majlis dimulakan dengan lawatan ke Pameran Project Based Learning (PBL) berasaskan alam sekitar, diikuti nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, bacaan doa, persembahan murid, ucapan Guru Besar En. James Anak Lima serta ucapan perasmian oleh wakil NREB. Acara diteruskan dengan gimik pelancaran Kelab PALS, tayangan video selayang pandang dan penyampaian hadiah pertandingan Eco-Couture Runway bagi Tahap 1 dan Tahap 2.

Pelancaran Kelab PALS diharap dapat menjadi platform berterusan untuk memupuk kesedaran alam sekitar, menggalakkan amalan kitar semula serta mengurangkan penggunaan plastik sekali guna. Program ini turut menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan inovatif dalam memanfaatkan bahan terpakai, sekali gus melahirkan generasi yang lebih bertanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar.

SK Temudok Awik Lancar Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS)SK Temudok Awik Lancar Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS)SK Temudok Awik Lancar Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS)SK Temudok Awik Lancar Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS)SK Temudok Awik Lancar Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS)SK Temudok Awik Lancar Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS)SK Temudok Awik Lancar Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS)SK Temudok Awik Lancar Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS)


BACK