Mesyuarat Karnival Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Daerah Sri Aman

Posted on 23 Jun 2026
Source of News: NREB
Sri Aman, 23 Jun 2026 Selasa - Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Bahagian Betong telah menghadiri Mesyuarat Karnival Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Daerah Sri Aman yang berlangsung di SJKC Chung Hua Simanggang pada 22 Jun 2026. Mesyuarat ini bertujuan memperkukuhkan pelaksanaan program Kelab PALS di sekolah-sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sri Aman.

Dalam mesyuarat tersebut, pihak NREB telah menggesa tujuh buah sekolah yang masih belum berdaftar dengan Kelab PALS agar melengkapkan proses pendaftaran dalam masa terdekat. Setakat ini, sebanyak 33 buah sekolah di bawah PPD Sri Aman telah berdaftar sebagai ahli Kelab PALS.

Selain itu, NREB turut membentangkan pelbagai inisiatif pemeliharaan alam sekitar, termasuk pengenalan sistem e-PALS yang bertujuan memudahkan sekolah membuat permohonan geran dan mendapatkan maklumat berkaitan Kelab PALS secara lebih sistematik dan efisien.

Program ini telah dihadiri oleh seorang wakil PPD Sri Aman serta 40 orang guru penyelaras Kelab PALS. Pegawai NREB yang terlibat ialah AECO Mohd. Syafiq bin Abdul Majid dan EA Asyran Zharif bin Mos. Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan NREB dalam memperkukuhkan pendidikan dan kesedaran alam sekitar di Sarawak.

Mesyuarat Karnival Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Daerah Sri AmanMesyuarat Karnival Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Daerah Sri AmanMesyuarat Karnival Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Daerah Sri AmanMesyuarat Karnival Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Daerah Sri Aman


BACK