KIK Greenova Rangkul Anugerah Kumpulan Berpotensi di Konvensyen KIK MUdenR 2026

Posted on 12 Jun 2026
Source of News: NREB
Kuching, 11 Jun 2026 Khamis  — KIK Greenova telah melakar kejayaan apabila diumumkan sebagai "Kumpulan Berpotensi" di Konvensyen Kumpulan Innovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUdenR) 2026.

Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) yang bertemakan "Inovasi Kreatif, Penyelesaian Efektif" ini telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari, bermula dari 9 hingga 11 Jun 2026, bertempat di Hotel Imperial, Kuching.  Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II serta Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak.

KIK Greenova telah menerima sijil penghargaan. Pengiktirafan ini membuktikan komitmen tinggi serta keupayaan KIK Greenova dalam menghasilkan idea-idea bernilai tambah yang kreatif, sekali gus berpotensi besar memacu kecemerlangan operasi perkhidmatan awam dan memelihara kelestarian alam sekitar di Sarawak.

KIK Greenova Rangkul Anugerah Kumpulan Berpotensi di Konvensyen KIK MUdenR 2026  KIK Greenova Rangkul Anugerah Kumpulan Berpotensi di Konvensyen KIK MUdenR 2026  KIK Greenova Rangkul Anugerah Kumpulan Berpotensi di Konvensyen KIK MUdenR 2026


BACK