Kursus Pemandu Berhemah Siri 1/2026

Posted on 20 May 2026
Source of News: NREB
Kuching, 19 Mei 2026 Selasa – Bahagian Pengurusan Perkhidmatan, Ibu Pejabat NREB telah menganjurkan Kursus Pemandu Berhemah Siri 1/2026 pada 18 hingga 19 Mei 2026 bertempat di 56 Hotel, Kuching bagi meningkatkan tahap keselamatan, disiplin dan profesionalisme pemandu dalam melaksanakan tugas harian.

Kursus selama dua hari itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik pemanduan selamat melalui latihan teori dan praktikal, selain meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya serta polisi organisasi.

Penganjuran kursus ini dijangka memberi manfaat kepada organisasi melalui peningkatan kecekapan operasi, pengurangan risiko kemalangan serta kos kerosakan kenderaan, di samping membantu mengekalkan imej dan reputasi organisasi.

Seramai 20 peserta terdiri daripada pemandu dari Ibu Pejabat dan Pejabat NREB Bahagian telah menyertai kursus tersebut bersama 10 pegawai daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Sebagai kesinambungan kepada program pembangunan kompetensi pemandu, Kursus Pemandu Berhemah Siri 2/2026 dijangka akan diadakan pada bulan Julai 2026.

Bahagian Pengurusan Perkhidmatan, Ibu Pejabat NREB telah menganjurkan Kursus Pemandu Berhemah Siri 1/2026 pada 18 hingga 19 Mei 2026 bertempat di 56 Hotel, Kuching


BACK