Audit Pensijilan SACSES Di Ibu Pejabat NREB

Posted on 25 Apr 2026
Source of News: NREB
Kuching, 24 April 2024 Jumaat – Ibu pejabat Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak telah menjalani Audit Pensijilan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) di Ibu Pejabat NREB pada hari ini.

SACSES merupakan inisiatif yang diperkenalkan melalui Surat Pekeliling Transformasi dan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak Bilangan 3 Tahun 2025 bertarikh 14 Julai 2025 bagi menggantikan inisiatif Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Inisiatif ini menekankan pengurusan persekitaran kerja yang lestari, sistematik dan selamat selaras dengan aspirasi pembangunan mampan Sarawak.

Audit berkenaan telah diketuai oleh Nor Rafidah binti Rasli bersama Abang Abdul Rahman bin Salihin dan Mohamad Yussof bin Bujang daripada Sarawak Transformation and Innovation Unit (STIU).

Pelaksanaan audit ini bertujuan menilai tahap pematuhan dan pelaksanaan amalan persekitaran kerja yang kondusif di pejabat kerajaan, di samping memperkukuh budaya kerja yang lebih teratur, selamat dan mesra alam.

Sehubungan itu, penghargaan turut diberikan kepada seluruh warga NREB di Ibu Pejabat atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan pejabat serta ruang kerja sentiasa berada dalam keadaan kemas, bersih dan kondusif.

Audit Pensijilan SACSES Di Ibu Pejabat NREBAudit Pensijilan SACSES Di Ibu Pejabat NREBAudit Pensijilan SACSES Di Ibu Pejabat NREBAudit Pensijilan SACSES Di Ibu Pejabat NREBAudit Pensijilan SACSES Di Ibu Pejabat NREBAudit Pensijilan SACSES Di Ibu Pejabat NREB


BACK