Program Kesedaran Alam Sekitar dan Kitar Semula Anjuran Jaya Tiasa

Posted on 12 May 2026
Source of News: NREB
Dalat, 11 Mei 2026 (Isnin) – Program Kesedaran Alam Sekitar dan Kitar Semula anjuran Jaya Tiasa telah diadakan di SK Sungai Pinang, Dalat bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid dan warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta amalan kitar semula.

Program ini telah melibatkan penyertaan seramai 16 orang guru, 71 orang murid serta 32 orang kakitangan Jaya Tiasa. Turut terlibat dalam program ini ialah pegawai daripada NREB iaitu ECO Doris anak Alfred Kanyi, ECO Ezzah Nawawi dan SEA Tony Nira.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya pertandingan mewarna bertemakan alam sekitar bagi kategori pra-sekolah, Tahap 1 dan Tahap 2. Penjurian pertandingan telah disempurnakan oleh guru-guru SK Sungai Pinang bersama ECO Doris anak Alfred Kanyi.

Program turut diserikan dengan ucapan daripada pihak penganjur oleh Encik Peter Tong, Pengurus Operasi Kanan Jaya Tiasa serta ucapan daripada Guru Besar SK Sungai Pinang, Encik Bobby ak Malenbang.

Selain itu, ECO Ezzah Nawawi telah menyampaikan ceramah berkaitan peranan NREB dan pengurusan sisa pepejal, diikuti sesi kuiz interaktif yang dikendalikan oleh SEA Tony Nira bagi menguji kefahaman peserta berkaitan penjagaan alam sekitar.

Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan mewarna sebagai penghargaan atas penyertaan dan kreativiti yang dipamerkan oleh para murid.

Program Kesedaran Alam Sekitar dan Kitar Semula Anjuran Jaya TiasaProgram Kesedaran Alam Sekitar dan Kitar Semula Anjuran Jaya TiasaProgram Kesedaran Alam Sekitar dan Kitar Semula Anjuran Jaya TiasaProgram Kesedaran Alam Sekitar dan Kitar Semula Anjuran Jaya TiasaProgram Kesedaran Alam Sekitar dan Kitar Semula Anjuran Jaya TiasaProgram Kesedaran Alam Sekitar dan Kitar Semula Anjuran Jaya TiasaProgram Kesedaran Alam Sekitar dan Kitar Semula Anjuran Jaya Tiasa


BACK