Penubuhan Kelab PALS di Sekolah-Sekolah PPD Selangau

Posted on 16 May 2026
Source of News: NREB
Selangau, 15 Mei 2026 Jumaat – Bahagian Pendidikan Alam Sekitar (Environmental Education Division, EED) daripada NREB Bahagian Sibu bersama NREB Ibu Pejabat telah mengadakan satu sesi taklimat khas di SK Dato Penghulu Imban bagi mempromosikan serta menggalakkan permohonan Geran Pendaftaran dan Geran Projek Kelab PALS kepada sekolah-sekolah di bawah penyeliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selangau.

Program tersebut turut bertujuan memperkenalkan sistem digital e-PALS kepada guru-guru yang terlibat. Melalui platform digital ini, semua urusan berkaitan permohonan geran serta semakan status permohonan dapat dilakukan sepenuhnya secara dalam talian bagi memudahkan pengurusan dan mempercepatkan proses permohonan.

Taklimat berkenaan telah disertai oleh empat orang pegawai PPD serta 22 orang Penolong Kanan Kokurikulum (PKKK) daripada sekolah-sekolah di bawah naungan PPD Selangau.

Antara pegawai NREB yang terlibat dalam program ini ialah ECO Ezzah Nawawi, SAECO Wan Ridzuan Wan Laila Abdul Rahman dan SEA Damian Anthony Jinal.

Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuhkan pelaksanaan pendidikan alam sekitar di sekolah-sekolah serta meningkatkan penglibatan warga pendidik dalam aktiviti kelestarian alam sekitar menerusi penubuhan Kelab PALS.

Penubuhan Kelab PALS di Sekolah-Sekolah PPD SelangauPenubuhan Kelab PALS di Sekolah-Sekolah PPD SelangauPenubuhan Kelab PALS di Sekolah-Sekolah PPD SelangauPenubuhan Kelab PALS di Sekolah-Sekolah PPD Selangau


BACK