49 KIK Sertai Mini Konvensyen ICC 2026

Posted on 10 May 2026
Source of News: UKAS
49 KIK Sertai Mini Konvensyen ICC 2026

KUCHING 9 Mei 2026 : Sebanyak 49 kumpulan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) daripada pelbagai agensi di bawah Jabatan Premier Sarawak dan Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) menyertai Mini Konvensyen Innovative and Creative Circles (ICC) 2026 yang berlangsung dari 27 hingga 30 April lalu.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee dalam Majlis Anugerah Mini Konvensyen ICC 2026 Peringkat Jabatan Premier Sarawak di Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), di sini, pada Sabtu.

Mini Konvensyen ICC 2026 mempertandingkan kategori Unit-Unit di Jabatan Premier Sarawak, Pentadbiran Bahagian, Agensi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) serta kategori Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty).

Bagi kategori Unit-Unit di Jabatan Premier Sarawak, kumpulan “Lavender” daripada Unit Audit Dalam dinobatkan sebagai Johan, manakala “Evolve X II” daripada Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia serta Unit Pentadbiran muncul Naib Johan.

Tempat ketiga pula dimenangi bersama oleh kumpulan “Waraqat” daripada Majlis Islam Sarawak dan “The Divine’s Guardians” daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain.

Bagi kategori Pentadbiran Bahagian, kumpulan “TAPOW” daripada Pejabat Residen Bahagian Mukah berjaya merangkul gelaran Johan, diikuti “RESQ10” daripada Pejabat Residen Bahagian Limbang sebagai Naib Johan dan “KARABAU” daripada Pejabat Daerah Limbang di tempat ketiga.

Sementara itu, kategori Agensi SCS menyaksikan kumpulan “Prime Asset Pioneers (PAP)” daripada Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak muncul Johan.

Tempat Naib Johan dimenangi kumpulan “DAS (Decide. Act. Succeed)” daripada Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak manakala kumpulan “SYURA 5.1” daripada Tabung Baitulmal Sarawak menduduki tempat ketiga.

Bagi kategori Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), kumpulan “ENVIRO WARRIOR” daripada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dinobatkan sebagai Johan.

Naib Johan pula dimenangi kumpulan “GREEN GUARDIANS” daripada NREB dan MEESty.

Disediakan Oleh: Ahmad Daniel Faiz, Gambar: Ibanez Jeffery


BACK

 

page_footer

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 12 May 2026

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls