NREB Bintulu Anjur Roadshow PALS di PPD Belaga

Posted on 10 Apr 2026
Source of News: NREB
BELAGA, 9 April 2026 — Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB Sarawak) Bahagian Bintulu telah menganjurkan program roadshow di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Belaga bagi mempromosikan penubuhan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di sekolah-sekolah bawah seliaannya.

Program ini bertujuan menggalakkan permohonan geran pendaftaran dan geran projek, di samping memperkenalkan sistem digital e-PALS yang memudahkan pihak sekolah membuat permohonan, menghantar dokumen, menyemak status serta mengemukakan laporan pelaksanaan secara dalam talian.

Seramai sembilan pegawai PPD Belaga dan 13 orang guru yang terdiri daripada pengetua serta guru besar sekolah telah menghadiri program tersebut.

Pegawai NREB yang terlibat adalah ECO Norazry, AECO Franky dan PKA Jabni.

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan NREB dalam memperluaskan pendidikan alam sekitar serta memperkukuh penglibatan sekolah melalui penggunaan platform digital yang lebih cekap dan sistematik.

NREB Bintulu Anjur Roadshow PALS di PPD BelagaNREB Bintulu Anjur Roadshow PALS di PPD BelagaNREB Bintulu Anjur Roadshow PALS di PPD BelagaNREB Bintulu Anjur Roadshow PALS di PPD BelagaNREB Bintulu Anjur Roadshow PALS di PPD Belaga


BACK

 

page_footer

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 13 May 2026

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls