MERADONG, 13 April 2026 — Bahagian Pendidikan Alam Sekitar (EED) daripada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB Sarawak) Sibu telah menganjurkan satu taklimat khas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Meradong bagi mempromosikan penubuhan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di sekolah-sekolah bawah seliaannya.
Taklimat ini bertujuan menggalakkan permohonan geran pendaftaran dan geran projek selain memperkenalkan sistem digital e-PALS, yang membolehkan semua urusan permohonan serta semakan status dilakukan sepenuhnya secara dalam talian.
Program tersebut disertai seramai 36 Pengetua dan Guru Besar secara bersemuka, manakala 36 Penolong Kanan Kokurikulum (PKKK) turut menyertai secara dalam talian, mewakili sekolah-sekolah di bawah PPD Meradong.
Pegawai NREB yang terlibat SAECO Sinah Binti Wahi, SEA Damian Anthony Jinal dan PKA Abdul Rahman bin Rajaee.
Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan NREB dalam memperluas pendidikan alam sekitar serta memperkukuh penglibatan sekolah melalui platform digital yang lebih cekap dan sistematik.



