KUCHING, 29 April 2026 — Seramai 29 pegawai Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB Sarawak) telah berjaya menamatkan Kursus Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-Coordinator) yang berlangsung selama tiga hari di RAIA Hotel Kuching.
Kursus selama 21 jam ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan pegawai teknikal serta memenuhi keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, dengan pengiktirafan daripada Department of Occupational Safety and Health (DOSH) dan National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).
Latihan dikendalikan oleh pengajar bertauliah, Encik Heartday John Bulat, yang disahkan kompetensinya oleh DOSH/NIOSH. Peserta terdiri daripada sembilan pegawai ibu pejabat dan 20 pegawai dari pejabat bahagian.
Antara topik utama yang dibincangkan termasuk perundangan OSHA 1994 dan pindaan 2022, pengurusan risiko (HIRARC), keselamatan fizikal seperti ergonomik dan keselamatan jentera, serta kesihatan pekerjaan melibatkan pengurusan bahan kimia dan penyakit pekerjaan.
Kesemua peserta telah lulus dan dianugerahkan sijil kompetensi sebagai OSH-Coordinator oleh DOSH/NIOSH, sekali gus memperkukuh amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di NREB Sarawak.






