Pelancaran Kelab PALS SK Nanga Tau Meriah dengan Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar

Posted on 25 Sep 2026
Source of News: NREB
BINTULU, 24 September 2026 – Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Nanga Tau telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Darjah Tahun 5 dan 6, SK Nanga Tau, dengan penyertaan 46 orang murid, 16 orang guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Iskandarsa bin Kalipunya, Guru Besar SK Kuala Muput, diikuti ucapan perasmian oleh AECO Franky Ajang Dudong, pegawai NREB Bahagian Bintulu.

Antara pengisian majlis ialah gimik perasmian, tayangan video montaj dan Pertandingan Busana Lestari yang menampilkan kreativiti peserta dalam menggalakkan amalan kelestarian alam sekitar. Pegawai NREB turut bertindak sebagai juri pertandingan, sebelum majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Majlis ini turut mendapat sokongan Yang Dipertua PIBG dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) PIBG SK Nanga Tau. Pegawai NREB Bahagian Bintulu yang terlibat ialah AECO Franky Ajang Dudong, Protégé Nurhafizah dan PKA Jabni.

Pelancaran Kelab PALS ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan memupuk sikap cintakan alam sekitar dalam kalangan murid melalui penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti pendidikan dan pemeliharaan alam sekitar.

Pelancaran Kelab PALS SK Nanga Tau Meriah dengan Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar


BACK