Semua Sekolah di Bawah PPD Betong sertai Kelab PALS

Posted on 30 Sep 2026
Source of News: NREB
BETONG, 29 September 2026 – Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Bahagian Betong telah mengadakan sesi penyampaian Sijil Penyertaan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) kepada 56 buah sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Betong, sekali gus mencapai penyertaan 100% sekolah di bawah daerah tersebut.

Majlis yang berlangsung di Bilik Persidangan, SMK St. Augustine itu telah disempurnakan oleh Ketua Pejabat NREB Bahagian Betong, Ts. Mohd Jefrin Azlan Abdullah, dengan bantuan pegawai-pegawai NREB Bahagian Betong.

Penyampaian sijil ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen pihak sekolah dalam menyokong inisiatif Kelab PALS, yang bertujuan meningkatkan pendidikan dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga sekolah. Melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan, Kelab PALS turut menggalakkan murid-murid mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar.

Dalam ucapannya, Ts. Mohd Jefrin Azlan Abdullah merakamkan penghargaan kepada PPD Betong, pihak sekolah dan guru-guru penyelaras Kelab PALS atas kerjasama serta komitmen yang diberikan. Beliau turut menekankan kepentingan pelaksanaan program pendidikan alam sekitar secara berterusan dalam membentuk generasi muda yang lebih prihatin terhadap alam sekitar.

Pencapaian penyertaan 100% ini mencerminkan kerjasama erat antara NREB, PPD Betong dan pihak sekolah dalam memperkukuh pendidikan alam sekitar. Kerjasama ini diharap dapat diteruskan melalui pelbagai program dan aktiviti yang menyokong kelestarian alam sekitar pada masa hadapan.

Semua Sekolah di Bawah PPD Betong sertai Kelab PALSSemua Sekolah di Bawah PPD Betong sertai Kelab PALSSemua Sekolah di Bawah PPD Betong sertai Kelab PALSSemua Sekolah di Bawah PPD Betong sertai Kelab PALSSemua Sekolah di Bawah PPD Betong sertai Kelab PALSSemua Sekolah di Bawah PPD Betong sertai Kelab PALS


BACK