PADAWAN, 3–4 Oktober 2024 – Kelab Rekreasi dan Kebajikan NREB (KERENA NREB) telah menyertai Padawan Raft Safari dengan penyertaan seramai 16 orang peserta, terdiri daripada 15 orang peserta dari KERENA NREB Ibu Pejabat dan seorang peserta dari KERENA Kuching-Betong. Kesemua peserta telah dibahagikan kepada empat pasukan bagi menyertai cabaran berakit tersebut.
Para peserta telah mengharungi cabaran berakit sejauh 22 kilometer (KM), bermula dari Kampung Danu dan berakhir di Kampung Git, Padawan. Cabaran ini berjaya ditempuhi dengan penuh semangat, keberanian dan kerjasama berpasukan.
Penyertaan KERENA NREB dalam aktiviti ini bukan sahaja memberikan peluang kepada peserta untuk menguji ketahanan fizikal dan mental, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekitaan serta memperkukuh kerjasama dalam kalangan warga NREB.
Diharapkan penyertaan dalam aktiviti seumpama ini dapat terus menyemarakkan semangat kesukanan dan rekreasi, di samping membina hubungan yang lebih erat serta semangat berpasukan dalam kalangan warga NREB.

