KUCHING, 10 Oktober 2026 – Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak berjaya merangkul tempat ketiga dalam Kategori Penguat Kuasa sempena Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-80 Tahun 2026 yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching, pada Sabtu.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat seluruh kontinjen NREB dan mencerminkan disiplin, komitmen serta semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan anggota yang terlibat. Pencapaian tersebut turut membuktikan kesungguhan setiap anggota dalam menjalani persiapan dan latihan bagi memastikan penyertaan yang cemerlang dalam istiadat berkenaan.
NREB Sarawak turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua anggota kontinjen, jurulatih serta pihak pengurusan atas kerjasama, sokongan dan komitmen yang diberikan sepanjang persiapan sehingga penyertaan ini berjaya dilaksanakan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga NREB untuk terus memperkukuh kerjasama berpasukan, meningkatkan kecemerlangan serta mengharumkan nama jabatan.





