Perasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan SK Sayed Othman, Miri

Posted on 26 Sep 2026
Source of News: NREB
Perasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman, MiriPerasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman, MiriPerasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman, MiriPerasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman, Miri

MIRI, 25 September 2026 – Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman telah dirasmikan dalam satu majlis yang berlangsung di Tapak Perhimpunan SK Sayed Othman.

Majlis tersebut melibatkan seramai 116 orang murid dan 13 orang guru serta turut dihadiri oleh pegawai NREB yang terdiri daripada Assistant Environmental Control Officer (AECO) Jaclyn ak Welling, Senior Environmental Assistant (SEA) Kennedy Nujong, Environmental Assistant (EA) Mohd Azmi dan Pembantu Kawalan Alam Sekitar (PKA) Harry Henderson.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Sayed Othman, Puan Hayati Binti Salleh.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian Kelab PALS oleh wakil NREB, diikuti dengan gimik perasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar sebagai simbolik pelancaran rasmi kelab tersebut.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada wakil NREB serta penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan bertemakan alam sekitar yang dianjurkan sempena program tersebut.

Penubuhan Kelab PALS di SK Sayed Othman merupakan salah satu usaha berterusan NREB dalam memperkukuh pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah serta memupuk kesedaran, pengetahuan dan amalan pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan generasi muda.


BACK