


MERADONG, 15 September 2026 – Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SJK (C) Min Daik, Meradong telah dilancarkan dalam satu majlis yang berlangsung di Gelanggang SJK (C) Min Daik pada 15 September 2026.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SJK (C) Min Daik, Puan Fung Gan Fung, diikuti ucapan oleh Encik Mahathir bin Mahdini, Timbalan SPbM, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Meradong.
Turut diadakan sesi penerangan dan pembentangan mengenai NREB dan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) yang disampaikan oleh ECO Ezzah Binti Nawawi, sebelum diteruskan dengan gimik pelancaran Kelab PALS.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi demonstrasi Eco Filter, di mana wakil NREB turut bertindak sebagai juri, serta lawatan ke booth pameran jualan tumbuhan dan booth pencapaian sekolah yang mempamerkan kejayaan seperti Johan Anugerah SLAAS 2023/2024 dan Gangsa Anugerah SERASI 2018/2019.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna Tahap 1 dan pertandingan Eco Filter Tahap 2.
Program tersebut telah disertai oleh 94 orang murid, 17 orang guru dan 6 orang komuniti setempat, mencerminkan penglibatan warga sekolah dan komuniti dalam usaha memperkukuh pendidikan serta kesedaran alam sekitar.
NREB turut diwakili oleh ECO Ezzah Binti Nawawi, EA Hew Fah Hin, Yii Sheng Yuu (Intern) dan PKA Abdul Rahman.