Kelab PALS SK Kampung Bakam Diperkasa untuk Memupuk Kesedaran Alam Sekitar

Posted on 19 Sep 2026
Source of News: NREB
Kelab PALS SK Kampung Bakam Diperkasa untuk Memupuk Kesedaran Alam SekitarKelab PALS SK Kampung Bakam Diperkasa untuk Memupuk Kesedaran Alam SekitarKelab PALS SK Kampung Bakam Diperkasa untuk Memupuk Kesedaran Alam SekitarKelab PALS SK Kampung Bakam Diperkasa untuk Memupuk Kesedaran Alam SekitarKelab PALS SK Kampung Bakam Diperkasa untuk Memupuk Kesedaran Alam Sekitar

MIRI, 18 September 2026 – Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Kampung Bakam telah dirasmikan dalam satu majlis yang berlangsung di SK Kampung Bakam pada 18 September 2026.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku, diikuti ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Kampung Bakam, Encik Aleef bin Ab. Ghani, serta ucapan perasmian Kelab PALS oleh wakil Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak.

Penubuhan Kelab PALS di sekolah ini merupakan satu usaha untuk menyediakan platform kepada murid dalam memupuk kesedaran, kecintaan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar melalui aktiviti pendidikan dan kokurikulum.

Antara pengisian majlis ialah gimik perasmian Kelab PALS, penandatanganan sijil jalinan dan jaringan bersama NREB, serta penyampaian hadiah pertandingan aktiviti Kelab PALS. Cenderahati turut disampaikan kepada wakil NREB sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang terjalin.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh 333 orang murid dan 30 orang guru.

NREB turut diwakili oleh AECO Jaclyn ak Welling, SEA Kennedy Nujong, EA Mohd Azmi dan PKA Hatta bin Tarmizi.


BACK