SIBU, 21 September 2026 – Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Perbandaran Sibu No. 4 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna, SK Perbandaran Sibu No. 4.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Encik Ling Ing Kiong, diikuti dengan ucapan perasmian oleh wakil NREB Bahagian Sibu, Encik Anelka Frankie.
Penubuhan Kelab PALS di sekolah ini merupakan satu inisiatif dalam menyediakan platform kepada murid untuk memupuk kesedaran, kecintaan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar sejak di peringkat sekolah rendah.
Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah pertandingan mewarna bertemakan “Cintai Alam Sekitar” yang melibatkan murid-murid sekolah.
Seramai 695 orang murid dan 64 orang guru telah hadir menjayakan majlis tersebut. NREB Bahagian Sibu turut diwakili oleh AECO Anelka, EA Royxon dan EA Hew Fah Hin.