Bintulu, 10 Ogos 2026 – NREB Bahagian Bintulu telah mengadakan program roadshow bagi mempromosikan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Hermanus Assan dan SK Kuala Binyo, di samping menggalakkan sekolah-sekolah di bawah penyeliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tatau/Sebauh untuk mengemukakan permohonan geran pendaftaran Kelab PALS.
Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan NREB dalam meningkatkan kesedaran serta penglibatan warga sekolah terhadap kepentingan pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar.
Dalam program berkenaan, pihak NREB turut memperkenalkan sistem e-PALS, iaitu satu inisiatif digital yang dibangunkan bagi memudahkan urusan pihak sekolah sebagai pemohon geran Kelab PALS.
Melalui sistem e-PALS, pihak sekolah boleh membuat dan menghantar permohonan geran secara dalam talian, menyemak status permohonan serta mengemukakan laporan pelaksanaan program dengan lebih mudah dan teratur.
Inisiatif tersebut dijangka dapat memperkemas proses pengurusan permohonan dan pelaporan geran Kelab PALS, selain menggalakkan lebih banyak sekolah menyertai program pendidikan dan pemeliharaan alam sekitar yang dianjurkan NREB.
Pegawai NREB yang terlibat dalam program tersebut ialah ECO Norazry, AECO Franky, SEA Shaiful dan PKA Merzuki.
