12 Pegawai NREB Antara 163 Penjawat Awam Sarawak Terima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) daripada Premier Sarawak

Posted on 08 Aug 2026
Source of News: NREB
Sarikei, 7 Ogos 2026 — Seramai 163 penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di Bahagian Sarikei menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan kesetiaan mereka sepanjang berkhidmat dalam sektor awam.

Pingat berkenaan disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, pada Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia yang berlangsung di Sarikei, hari ini.

Majlis itu melibatkan penerima daripada 17 jabatan dan agensi kerajaan di Bahagian Sarikei sebagai penghargaan atas sumbangan berterusan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab kepada kerajaan serta masyarakat.

Jabatan Pendidikan Sarawak mencatatkan jumlah penerima tertinggi iaitu seramai 28 orang, diikuti Jabatan Kesihatan Sarawak dengan 24 penerima, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak 18 penerima, Majlis Daerah Sarikei 15 peneria serta Pejabat Residen Sarikei 14 penerima. Turut menerima pingat ialah 13 kakitangan Jabatan Hutan Sarawak, 12 daripada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), 10 daripada Jabatan Pertanian Sarawak, tujuh daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak dan 6 daripada Jabatan Penerangan Sarawak. Jabatan Kerja Raya Sarawak merekodkan 4 penerima dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mempunyai 3 penerima. Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Jabatan Imigresen Sarawak dan Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak pula masing-masing menerima dua pingat, manakala Jabatan Agama Islam Sarawak diwakili seorang penerima.

Turut hadir mengiringi Abang Johari pada majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

12 Pegawai NREB Antara 163 Penjawat Awam Sarawak Terima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) daripada Premier Sarawak12 Pegawai NREB Antara 163 Penjawat Awam Sarawak Terima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) daripada Premier Sarawak


BACK