KUCHING, 5-6 Februari 2026 – Satu sesi latihan dalaman CACTUS Training – Registry Officer Module oleh SAINS di Bilik Mesyuarat, Tingkat 20, Menara Pelita. Latihan ini disertai oleh pegawai daripada Bahagian Perkhidmatan Pengurusan dan merupakan inisiatif untuk meningkatkan keupayaan dalaman dalam tadbir urus pengurusan rekod dan korespondens secara sistematik dan bersepadu. Program ini bertujuan menyokong kecekapan penyampaian perkhidmatan, khususnya di Unit Registri Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak.
Fokus utama latihan adalah meningkatkan kefahaman dan kemahiran pegawai dalam penggunaan versi terkini Sistem Correspondence and Case Tracking Unified System (CACTUS), memastikan pengurusan dokumen dan kes dijalankan secara lebih efisien, tersusun dan bersepadu.
