Kempen Kitar Semula dan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai di Sarikei
Posted on 02 Feb 2026
Source of News: NREB
SARIKEI, 1 Februari 2026 – Satu kempen pengumpulan barangan kitar semula, buangan elektrik dan elektronik (E-waste), serta minyak masak terpakai telah diadakan di perkarangan tempat meletak kereta Majlis Daerah Sarikei dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Program ini melibatkan kerjasama beberapa agensi, termasuk lapan staf Majlis Daerah Sarikei, empat staf dari Department of Environment (DOE) Sibu, dan tiga staf dari Natural Resources and Environment Board (NREB) Sibu. Vendor yang terlibat ialah Tung Seng Enterprise untuk barangan 3R/BEE dan Sri Kembangan bagi pengumpulan minyak masak terpakai.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dengan penduduk setempat menunjukkan minat tinggi terhadap program ini, khususnya sistem penjualan minyak terpakai. Inisiatif ini berjaya meningkatkan kesedaran komuniti terhadap amalan kitar semula dan pengurusan sisa secara lestari.