KERENA Paintball Challenge 2026

Posted on 09 Feb 2026
Source of News: NREB
KUCHING, 07 Februari 2026 – KERENA Paintball Challenge 2026 dengan jayanya dianjurkan bertempat di Kelab Paintball Mambong dengan penyertaan aktif ahli Kelab KERENA (NREB) Sarawak. Acara ini menyaksikan semangat berpasukan, komitmen dan kerjasama yang tinggi daripada semua peserta, menjadikan program sukan dan aktiviti lasak ini satu pengalaman yang menyeronokkan serta membina kekuatan hubungan antara rakan sekerja.

EXCO KERENA sesi 2024/2025 mengucapkan terima kasih kepada semua peserta atas penyertaan mereka dan memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang penganjuran program. Program seperti ini diharap dapat terus memupuk minat warga NREB untuk menyertai aktiviti sukan dan lasak, mengukuhkan semangat berpasukan, serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan aktiviti fizikal dan interaksi sosial. Semua peserta dijemput untuk terus aktif dalam acara akan datang dan mengekalkan semangat kerjasama serta kecergasan melalui program berkumpulan.

KERENA Paintball Challenge 2026KERENA Paintball Challenge 2026KERENA Paintball Challenge 2026KERENA Paintball Challenge 2026


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 02 Mar 2026

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls