Latihan Pemprosesan Permohonan Lesen Buangan Terjadual

Posted on 11 Feb 2026
Source of News: NREB
KUCHING, 10 Februari 2026 – Satu sesi latihan berkaitan pemprosesan permohonan lesen bagi premis yang ditetapkan buangan terjadual telah diadakan di Bilik Mesyuarat Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak, Tingkat 18. Latihan ini melibatkan sembilan pegawai daripada Bahagian Pengurusan Sisa NREB Sarawak.

Sesi latihan dikendalikan oleh Puan Zuharian Binti Jon dari Bahagian Perlesenan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak, dibantu Puan Ann Maurine Anak Saka. Latihan bertujuan meningkatkan pemahaman pegawai NREB mengenai proses kerja JAS, khususnya penggunaan sistem MyPremis dalam permohonan lesen premis buangan terjadual.

Selain itu, latihan juga menekankan kepentingan memastikan sistem pengurusan sisa NREB (SWMS) selaras dengan prosedur dan proses kerja JAS. Para peserta didedahkan kepada panduan praktikal dan perkongsian pengalaman, bagi memperkukuh keberkesanan pemprosesan permohonan lesen serta meningkatkan tahap kepatuhan dan pematuhan premis terhadap peraturan pengurusan buangan terjadual di Sarawak. Latihan ini diharapkan dapat meningkatkan kompetensi pegawai dalam menangani permohonan lesen dengan lebih sistematik dan efisien.

Latihan Pemprosesan Permohonan Lesen Buangan TerjadualLatihan Pemprosesan Permohonan Lesen Buangan TerjadualLatihan Pemprosesan Permohonan Lesen Buangan Terjadual


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 02 Mar 2026

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls