Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Temenggong Tanduk

Posted on 12 Feb 2026
Source of News: NREB
SARATOK 11 Februari 2026 – Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Temenggong Tanduk telah diadakan dengan jayanya di Dewan Sri Tengalat. Program ini bertujuan memperkukuh kesedaran murid mengenai kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar serta memupuk gaya hidup mesra alam. Pelancaran kelab ini turut disokong dengan geran pendaftaran daripada Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, bacaan doa, serta persembahan murid. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Guru Besar, En. Maslim bin Mahidi, sebelum ucapan perasmian oleh AECO Mohd Syafiq bin Abdul Majid dari NREB. Gimik pelancaran Kelab PALS turut diadakan, diikuti penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mewarna Tahap 1, Pertandingan Melukis Poster Tahap 2, dan Pertandingan Mereka Cipta daripada bahan terbuang. Majlis turut menyaksikan penandatanganan Sijil Jalinan / Memorandum Persefahaman (MOU) antara pihak sekolah dan agensi berkaitan.

Seramai 81 murid dan 14 guru serta staf mengambil bahagian, manakala pegawai NREB seperti EA Asyran Zharif bin Mos dan PK Mohammad Azril Fadzil turut menjayakan majlis. Program ini berjaya meningkatkan minat murid terhadap aktiviti berasaskan alam sekitar, membentuk kesedaran awal tentang kepentingan kelestarian, serta memperkukuh kerjasama antara sekolah dan NREB. Kelab PALS diharap menjadi wadah utama untuk menyemai nilai cinta alam dan menyokong amalan lestari dalam kalangan generasi muda.

Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Temenggong TandukMajlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Temenggong TandukPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Temenggong TandukPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Temenggong TandukPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Temenggong TandukPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Temenggong TandukPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Temenggong Tanduk


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 02 Mar 2026

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls